





Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah serta syukur ke hadrat ilahi kerana mengizinkan saya untuk melangkah sejauh ini. Lebih 10 tahun saya mentadbir dan mengembangkan sayap Al Jabbar bermula dengan formula Tonik Hati dan kemudiannya lahirlah beberapa produk herba dan saya berbangga kerana produk herba kini diterima oleh semua masyarakat sebagai salah satu prubatan alternatif
Selepas kejayaan bersama Tonik Hati, Al Jabbar pergi lebih jauh dengan menguasai pasaran mesin terapi Dr. Jism yang menempa nama ke Brunei dan Jakarta. Kini syarikat ini semakin berkembang maju dari pelbagai aspek. Penambahan banyak produk terbaru yang dikeluarkan oleh Al Jabbar kini telah membuka peluang berharga buat seluruh usahawan di Malaysia
Sistem terbaru yang diperkenalkan ini memberi peluang melipatgandakan pendapatan serta ekonomi para usahawan khususnya yang usahawan mikro dan sederhana. Rentetan dari krisis kenaikan inflasi dan harga minyak kini sedikit sebanyak memberi impak kepada usahawan.
Sekian, Terima Kasih.
Mohd Kamaruzaman Bin Che Hussain
KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF AL JABBAR GROUP
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Pengenalan Syarikat
Posted 16 July 2010, 6.30pm

Al Jabbar Group Sdn.Bhd adalah salah sebuah syarikat berasaskan kesihatan dimana ianya telah dibuka secara rasminya pada 5 August 2008. Perniagaan ini bermula dengan produk "Tonik Hati" oleh En.Mohd Kamaruzmaan Bin Che Hussain selaku Ketua Pegawai Eksekutif Al Jabbar Group. Dengan berbekalkan 10 tahun pengalaman kendalian syarikat, Al Jabbar semakin kukuh sehingga mampu mengeluarkan sebuah mesin terapi dikenali sebagai Dr. Jism dan ianya mendapat sambutan luar biasa dikalangan rakyat malaysia juga di Brunei dan Indonesia.
Peninggalan hasil kajian mengenai alam semulajadi telah membentuk asas kepada operasi Al Jabbar. Teknologi canggih digunakan untuk membentuk gred farmaseutikal produk. Sebagai bukti bahawa Al Jabbar Group Sdn.Bhd berdedikasi untuk menyediakan produk herba yang berkualiti tinggi, syarikat telah dianugerahkan SIRIM QAS, Sijil Halal Produk, dan Sijil Kualiti Pengurusan Sistem.
sejak penubuhan, syarikat telah tertumpu didalam pembanggunan keselamatan, asli dan inovatif dimana ianya dapat membantu msyarakat bagi menjalani kehidupan yang lebih sihat. Hari ini, produk Al Jabbar telah disokong oleh kebanyakkan pakar kesihatan dan doktor-doktor serata dunia. Pengguna di Malaysia, Indonesia, dan brunei kini telah bergantung kepada produk Al Jabbar bagi keperluan kesihatan mereka.
![]()
Al Jabbar Healthcare Sdn.Bhd
Posted 16 July 2010, 6.30pm

Al – Jabbar Healthcare Sdn Bhd ialah sebuah syarikat yang ditubuhkan berorientasikan perniagaan produk kesihatan moden yang semakin mendapat permintaan yang tinggi oleh masyarakat masa kini.
Al – Jabbar Healthcare Sdn Bhd telah ditubuhkan pada 17 sept 2007 dan telah mengembangkan perniagaannya ke Brunei Darussalam dan Indonesia. Al – Jabbar Healthcare Sdn Bhd yang diterajui oleh En.Kamaruzzaman Che Hussain dan dibantu oleh Pn. Hasniah Bt Hasim selaku timbalan (COO) pada asasnya menubuhkan syarikat ini kerana rasa keprihatinannya kepada tahap kesihatan penduduk di malaysia dan serantau. Beliau mensasarkan produk – produk ini dapat membantu masyarakat yang semakin kekurangan masa dan kerana desakan ekonomi yang semakin sengit. Umumnya masyarakat kini semakin prihatin terhadap penjagaan kesihatan diri dan keluarga.
Berpusat di Prima Saujana Kajang, Healthcare semakin pesat berkembang dan semakin diketahui umum kerana kekuatan strategi pemasarannya di media cetak dan media elektronik. Penubuhan Healthcare juga adalah titik tolak syarikat ini yang ingin menjadi salah sebuah syarikat berteraskan terapi kesihatan pertama yang monopoli produk kesihatan di dunia.
Dengan adanya pusat rawatan terapi ini,semoga matlamat dan sasaran syarikat amnya untuk membantu masyarakat dapat direalisasikan.
![]()
Pusat Perubatan Herba Al Jabbar
Posted 16 July 2010, 6.30pm

Pusat Perubatan Herba Al Jabbar ditubuhkan pada tahun 1997 dan diasaskan oleh En.Kamaruzaman Bin Che Hussain dengan bertunjangkan 6 jenis produk kesihatan. Antara produk yang dikeluarkan oleh Al Jabbar ialah Jabbar Hidayah (HB) khusus untuk pesakit hati, SV-10 untuk HIV Aids, Kasturi untuk kencing manis, bayu untuk angin, Raudhah untuk resdung dan ubat merawat buasir. Kini Al Jabbar mengorak langkah dengan menambah pengeluaran produk daripada enam kepada lima belas jenis produk berasaskan herba (Herba adalah sebatang pokok yang digunakan dari akar ke pucuk). Untuk produk HB Hidayah dan SV-10, ianya dihasilkan daripada bunga-bungaan terpilih. Manakala produk-produk lain dihasilkan daripada kulit, akar dan daun pokok.
En. Kamaruzaman dilahirkan di Kota Bharu, Kelantan dan merupakan anak ke-6 daripada tujuh adik beradik. Beliau mengikut jejak langkah bapanya yang juga merupakan seorang pengamal perubatan herba. Pada umur awal 20-an, beliau telah merantau ke indonesia semata-mata untuk mendalami lagi bidang herba dan mengkaji rahsia alam semula jadi. Disana, beliau menemui beberapa formula untuk merawat penyakit kronik.
Rentetan daripada itu, terhasillah satu formula 'ajaib' khusus untuk merawat penyakit hepatitis dan penyakit yang berkaitan dengan hati. Sebagai seorang usahawan muslim, beliau beriltizam membantu orang yang berada dalam kesusahan tidak mengira batas agama dan keturunan. Itu adalah matlamat dan perjuangan sebenar Al Jabbar dalam memartabatkan kedudukan herba sebagai salah satu perubatan alternatif, sekaligus membantu para pesakit tanpa mengeluarkan perbelanjaan yang agak tinggi untuk mengubati penyakit kronik.
![]()
Al Jabbar Sales And Marketting
Posted 16 July 2010, 6.30pm

Al Jabbar Sales And Marketting (AJSM) adalah sebuah syarikat yang mengeluarkan produk minuman bertenaga, Jabbar Root dan Puteri Serapat. Ianya tertubuh pada 13 august 1988 bermula disebuah kilang pengeluaran di kota baru, Kelantan. Ramuan dan rekabentuk produk adalah dicipta sendiri oleh CEO Al Jabbar Group, En.Mohd Kamaruzaman dengan dibantu oleh beberapa staff yang berdedikasi.
Kini, produk AJSM telah mendapat sambutan yang agak menggalakkan oleh pihak pengedar dan diharapkan dapat menembusi pasaran antarabangsa. Kini, AJSM didalam usaha untuk mengedarkan produk di kedai-kedai 24 jam terkenal di Malaysia seperti 7 Eleven, KK Mart dan kedai-kedai didalam perhentian minyak. Kini, AJSM diuruskan oleh En. Bashahruddin bersama-sama CEO Al Jabbar Group. Kami dalam proses mencari pengedar-pengedar yang berminat untuk memasarkan produk kami, sila dapatkan maklumat produk dan harga melalui kami.
![]()
Al Jabbar Hotel
Posted 16 July 2010, 6.30pm

Al Jabbar Hotel dirasmikan pada 27 Jun 2010 oleh Ketua Pegawai Eksekutif Al Jabbar Group, Encik Kamaruzaman Che Hussain. Ia adalah cetusan idea daripada Ceo Al Jabbar Group sendiri.
Pada awalnya, ia merupakan projek rahsia, hanya segelintir B.O.D dan staf sahaja yang mengetahui dan melaksanakan projek ini. Ini adalah untuk memberi kejutan kepada staf dan pengguna Al Jabbar Khususnya. Projek ini menelan kos hampir
RM700, 000 keseluruhannya.
Al Jabbar Hotel sangat unik berbanding hotel bajet yang lain kerana ia memberi khidmat mesin terapi elektrostatik, Dr Jism secara percuma di Pusat Terapi Al Jabbar Healthcare di lantai bawah banggunan hotel, bagi pengunjung dan penginap Al-Jabbar Hotel, yang menghidapi penyakit seperti Strok, Parkinson, Lemah Jantung, kencing manis, gaot, lemah syahwat dan sebagainya.
Kami mensasarkan pengguna disekitar masyarakat setempat dan luar yang berkunjung di sekitar semenyih dan kajang. Terdapat 34 buah bilik keseluruhannya seperti Budget Room, Standard Room, Superior Room, Duluxe Room, Triple Room dan V.I.P Room.
Terdapat Conference Hall yang boleh memuatkan 30 hingga 50 orang. Sesuai untuk membuat program seperti seminar, motivasi dan majlis-majlis kecil. Lokasi yang strategik , berhubungan dengan Lebuhraya Lekas malahan juga berhampiran pusat
pengajian tinggi seperti Nottingham, MARA,Pusat membeli belah, Tesco dan juga lokasi menjamu selera dengan adanya restoran-restoran melayu, mamak, pizza hut, kfc dan lain-lain





Post 20 July 2010, Tuesday
Design By :
![]()
Metro 30 Ogos 2010
![]()
Majlis Berbuka Puasa Al Jabbar Group Bersama Anak-Anak Yatim, Fakir Miskin Serta Pihak Surau Dan Masjid